Monday, April 18, 2011

Apakah?

Sudah agak lama aku tak post apa-apa since aku buat blog ni. Yela. Nak update pun perlukan masa dan perlukan capaian internet. Yes! aku suka nak berkongsi pengalaman, tapi, tulah alasannya, masa dan internet. Dua benda yang sangat penting untuk buat apa-apa pun sekarang ni, mungkin bagi aku jela kan?. So, apakah isu yang sesuai untuk kita berkongsi ni? Ok. aku ada satu cerita. Aku harap korang bacalah dengan tenang. Ceritanya bermula macam ni...

Dalam satu pagi yang hening tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita yang tidaklah mengejutkan, sebab aku dah agak benda ni akan terjadi, berita tu adalah peratusan calon SPM meningkat dengan mendadak!! lebih seribu yang dapat semua A dalam semua subjek. So? takdelah mengejutkan sangat kan? tapi ada satu soalan yang tiba zasss dalam benak aku ni, apa yang boleh kita belajar dari isu ini?

Ramai cakap budak-budak sekarang dah pandai, cerdik, advance dan sebagainya. Semua pujian yang bagus-bagus lah. Apa pula pendapat aku dan juga korang pasal ni?

Pendapat aku? sangat brilliant!! bagus la ramai cerdik pandai kat Malaysia ni kan? takde la nanti mudah di kotak katik kan oleh orang yang tak guna kat dunia ni, di mana, orang yang dikawal oleh nafsu dan tamak haloba mengatasi asas pemikiran yang baik. Bagi aku, sangat cemerlang. Tahniah kepada yang berjaya. Yang tak berjaya sila usaha lagi. Rezeki ada dimana-mana. Sekarang ni, peluang untuk mendapat Degree sangat banyak. Apa yang diperlukan adalah KEINGINAN UNTUK BELAJAR sahaja. Nak kata duit takde, sangat tak logik. Banyak juga IPT yang bagi peluang untuk pelajar yang mempunyai masalah dari segi kewangan. Yuran murah, kemudahan percuma, dan macam-macam lagi yang boleh dikatakan ekonomi lah.

Cuma bagi yang berjaya, adakah anda cukup cemerlang? Yakin tak adik-adik semua cemerlang? Apa yang cuba aku katakan adalah cemerlang akademik sahaja tidak cukup dik. Apa yang penting sekarang memang la pendidikan. Persoalannya adakah pendidikan yang diterima itu cukup menyeluruh? atau lebih modennya secara holistik? Yang mampu membentuk adik-adik kita ni seorang yang cukup kuat dan tabah menghadapi dunia sebenar? Betul dik. Dunia sekarang demand macam-macam dik. Kalau adik tak mampu penuhi demand dunia ni, kemungkinan adik akan jatuh, jatuh tersungkur sehingga tidak dapat bangun semula. Lebih teruk, adik tewas dengan permainan dunia yang penuh dengan persaingan ini. Sejarah dan pengalaman ada membuktikan salah seorang yang tewas dalam kehidupan adalah seorang yang pernah cemerlang suatu masa dulu. Kenapa jadi macam tu? Agak pelik kan? Mesti korang tak percaya kan? Tapi ini berdasarkan pengalaman bersama orang-orang yang aku kenali dulu. Nak percya atau tidak, terpulang. Aku tulis ni semata-mata nak berkongsi pengalaman. Ok?

Tidak dinafikan juga banyak faktor penyebab yang menjadi punca kemerosotan kecemerlangan orang-orang ini. Aku kat sini bukan nak mencari salah siapa, cuma apa yang perlu kita pikirkan bersama adalah setiap masalah yang timbul adalah berpunca dari diri sendiri dan di tambah dengan faktor luaran yang tidak dapat kita kawal sepenuhnya. Bermaksud, 50% masalah timbul dari diri sendiri dan 50% lagi dari faktor luaran yang tidak dapat kita kawal. Setuju? kat sini ada formula yang mungkin berguna :

MASALAH (100%) = DIRI SENDIRI (50%) + FAKTOR LUARAN (50%)

Aku percaya masalah yang timbul sangat bertepatan dengan formula diatas.
Orang yang kurang beryakinan akan berkata : "mana mungkin macam tu?? sendiri yang buat salah, mestilah 100% salah diri sendiri!!"...
Mungkin orang ini terlalu self-centered, dimana sangat tidak bertepatan dengan hukum Tuhan. Sebagai seorang muslim, kita kena percaya kepada Qada' dan Qadar. Apa yang terjadi ada sebab musababnya. Apa yang perlu dilakukan oleh orang ini ialah bukalah mata dan berfikir...

Ok lah..sampai sini saja dulu..nanti aku sambung lagi..

Thanks for your time!!

No comments:

Post a Comment