Friday, November 22, 2013

Hikayat Malim Tak Diundang yang pertama

Salam Kepada semua...



Memandangkan ini adalah post pertama aku untuk tahun 2013 dan yang pertama aku online di office dan untuk pertama kalinya aku berpeluang untuk menulis sesuatu untuk tatapan warga blogger semua.

Terima kasih kerana sudi menyingah dan menyetop dari chat di Facebook semata-mata untuk meratapi blog aku yang tak seberapa ini.

THANKS!!!

Untuk melapangkan hati semua orang yang membaca, aku rasa perlulah untuk aku menjelaskan sesuatu supaya korang dapat membaca keseluruhan hikayat aku ini tanpa ada prejudis dan tanpa mengadili sesuatu hanya pada luaran.

Apa yang cuba aku sampaikan disini adalah pandangan,pendapat,idea,pengalaman dan juga mungkin some formula dari aku sendiri tanpa menciplak dari mana-mana hikayat orang lain.

Apa yang perlu korang hayati adalah masa korang sendiri dengan menghayati hikayat aku ini. Segala masa korang yang dicurahkan untuk hikayat aku ini, seribu penghargaan dari aku!!..

Mungkin untuk post pertama ini, mungkin beribu satu macam pendapat yang akan aku sampaikan. So, mungkin juga agak merepek dan typo, tapi, at least aku practice untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat aku sendiri. Rugi y'll kalau pendapat korang tak dapat disampaikan just kerana society rule!!..So, let the game
begin !!!

Memandangkan aku dah sebut pasal society rule ni, baiklah aku mulakan dengan isu ini dulu...

SOCIETY RULE..

Untuk memberi gambaran yang jelas kepada korang semua, apa yang terlintas dulu dalam kepala korang bila aku sebut pasal society rule ni?

.................

Blank??....

kan??....apa kejadah benda alah ni??

ok..some hint for you...

Dari kecik sampailah kita besar, kita diajar oleh mak ayah kita supaya patuhi peraturan. Tak kisahlah apa jenis peraturan pun, kita kena obey dan tunduk kepada peraturan tersebut.

OK?..dah boleh faham kan?...

soalan yang perlu timbul apabila kita mula memahami sesuatu tentang isu ini adalah "Siapa yang buat peraturan ini?".

Jawapanya??

Secara tidak langsung,diam tak diam,tanpa sedar kita telah mencipta sendiri peraturan ini semua kerana orang persekitaran kita buat benda yang sama.

Kenapa?..

kerana apa sahaja tindakan yang kita buat menjurus untuk melakukan benda yang sama apabila kita mula percaya dengan apa yang mata kita lihat tanpa disedari info yang
kita lihat itu tidak sempat diestrak ke dalam otak untuk menganalisis persoalan "kenapa aku buat ini? Inilah adalah auto suggestion yang dihasilkan oleh minda bawah
sedar kita tanpa kita dapat mengawalnya. Untuk pengetahuan korang,ada caranya untuk mengawal auto suggestion dan minda bawah sedar ini.

Ok..so what the heck with society rule?

Untuk menghayati kehidupan normal seperti orang lain, kita lebih suka atau secara tidak langsung, mengikuti sahaja apa yang society sediakan. Peraturan yang dibuat oleh society ini bukanlah semua menyebelahi orang kebanyakan, hanya orang tertentu sahaja yang dapat kelebihan dari society rule ini.

Mungkinkah kita termasuk dalam golongan orang kebanyakan ini?..satu lagi persoalan yang patut kita tujukan kepada diri sendiri..

So...bagaimana orang yang mencipta society rule ini menjalankan rule ini supaya kelebihan berada di pihak mereka sahaja?

Mereka ini adalah orang bijak pandai,licik,sangat tersusun dan tahu mengambil peluang.Walaupun kita hampir memahami sesuatu mengenai society rule ini,mereka sebenarnya
berada beberapa langkah kehadapan apabila kita baru menyedarinya.Dengar macam menakutkan je kan?..tapi inilah realiti. Mereka akan memastikan rule ini hanya akan
berpihak kepada mereka sahaja dengan apa cara sekali pun.Peraturan yang dicipta oleh mereka ini menyebabkan orang kebanyakan atau orang yang kurang berilmu pengetahuan tentang society ini hanya mengikuti rule ini dengan terpaksa atau secara membuta tuli tanpa menyedari kehidupan mereka terhakis oleh rule yang dicipta golongan yang digelar the society ini.

Golongan bijak pandai ini akan membuatkan orang kebanyakan memerlukan society rule dan membuatkan orang kebanyakan ini bekerja untuk the society ini.Untuk pemahaman yang lebih lanjut, sila kaji sendiri sistem kasta atau piramid kelas atasan-bawah.

Habis tu...macam mana kita mahu keluar dari society rule ini??

Satu persoalan yang memang kita sudah tahu jawapanya - Kita tidak akan terlepas dari society rule ini.Kita tidak perlu keluar.Tidak perlu menolak.Apa yang perlu kita
lakukan adalah belajar.Belajar bagaimana menjadi orang yang mencipta rule sendiri.Belajar bagaimana menjadi orang yang mencipta dunianya sendiri tanpa perlu tunduk kepada society rule.Jadilah pemimpin dalam kehidupan kita.Cukup-cukuplah jadi follower society rule. Albert Einstein kalau dia ikut society rule ini,kemungkinan teori relativiti tidak wujud. Society rule bukan hanya mengenai kehidupan sahaja.Just,let breaks the rule!!

Kedengaran macam mudah bukan? Cuma apa yang aku boleh cakap adalah "Pilihan di dalam tangan masing-masing"

- " life is not that easy,but it is not that hard" -

Ok.Sampai sini dulu.

next time ye =p

Salam

No comments:

Post a Comment